Tuesday, January 26, 2010

Kita dah tertinggal jauh ,sahabatku.... usah bermimpi lagi...



Salam buat semua sahabat da pejuang terbilang........usah bemimpi lagi,kita telah tertinggal jauh...... di tinggalkan oleh teman seperjuangan........ Sedih rasanya .
Sedangkan kita pasukan yang kuat dan perkasa,ayuh teman-teman semua.....Kita bangkit untuk menjadi diri kita yang sebenarnya........ selayaknya kita Terbilang Agency adalah di dalam kumpulan 10 terbaik di MAA Takaful....... Jangan kita leka dan alpa,pasang niat baik untuk menjadi lagi perkasa....... Hari ini ku lihat report sehingga 24 Jan 2010,ku lihat teman-teman seperjuangan telah jauh dan pantas berlari meninggalkan aku..........
Aku tak akan mengalah,ayuh sama-sama kita seiringan dengan mereka menuju kejayaan......



Kita dah terlalu tua untuk rasa takut....... Bangkit dan terus berjuang....... itulah janji ku..... akan ku genggam bara biar menjadi arang dan alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan......

Sunday, January 17, 2010

Perjuanganku....

Lama rasanya tak up date blog dengan segala macam yang di lalui di sepanjang awal tahun 2010,cabaran tetap cabaran kehidupan dan perjuangan harus diteruskan,minggu ini semua ketua-ketua Agency dan Pengurus-pengurus unit yang layak akan berkumpul di Pulai spring Resort Johor untuk bersama-sama membentangkan budget tahunan bagi tahun 2010,aku juga tidak terkecuali,membentang budget namun aku harus banyak belajar daripada orang-orang yang lebih berjaya ketika di sana. 19-21jan 2101,kami semua akan berkampung di sana,2009 banyak mengajar aku erti perjuangan yang sebenar namun sesukar mana pun aku bertekad 2010 nanti aku harus berubah menjadi yang bukan hanya yang baik malah yang terbaik. Biar kulihat laluan tampak sukar namun aku pasti akan menempuhnya jua demi perjuangan menebus segalanya.... insyallah moga tuhan sentiasa memberi kerahmatan kepadaku....
apa pun semua sahabat di terbilang agency dan siapa pun anda biar di mana anda berada... moga kalian terus maju dan hebat.....

Sunday, January 3, 2010

supercharge Takaful Perth contest 2010

Share

Ayuh Semua pejuang Terbilang kita beramai-ramai ke Perth Austrlia,mungkin nanti ia titik tolak perubahan hidup anda........... Go bro....jangan menoleh ke belakang lagi.........

U are the best,Be the best with Us.....Untuk detail sila klik " share" diatas....

Friday, January 1, 2010

Menjengah Dimensi Dunia tersendiri

Sedetik dilantai 2010,derapan langkah demi langkah dalam membawa diri kelandasan dan perjalanan tersendiri....
Aku melihat jendela 2010,sambil megimbau catatan suka duka 2009 dengan ceritanya yang tersendiri,teringat aku akan kata-kata sahabat,masa yang paling lama adalah semalam,terkadang pahit manisnya mempunyai ceritanya tersendiri......... Namun biarkan ia berlalu.... Kini aku terus menyelak dan membuka helaian demi helaian di lembaran 2010,ku intai,ku belek,ku renung lalu aku fikirkan dalam menyusuri perjalanan hidup aku........ Pastinya nanti di lembaran 2010,memberikan sinar yang buat aku untuk melangkah lebih gagah dan perkasa........
Aku punyai tanggung jawab yang besar,terhadap diriku sendiri,keluarga,pasukan,agama dan bangsa.......... namun akan ku galas ia dengan rasa penuh kasih dan sayangku padanya............ kata orang selagi ada cinta selagi itu ada masa,bukan hanya pada cinta manusia semata,namun pada semua.... Ya Allah,moga setiap perjalanan nafas ku yang Engkau kurnia diatas RahmatMU..... demi dan kerana Mu Ya ALLAH....... ku pohon padaMu,moga engkau permudahkan segala urusan hamba mu yang Jahil ini.......
Syukur aku pada tuhan aku dipertemukan dengan MAA,platform yang sangat hebat untuk aku berkarya dalam melakar perjalanan hidup di dimensiku yang tersendiri......
Ku lihat sokongan yang hebat dari pihak pengurusan,ku susunkan sepuluh jari bersama jutaan terima kasih buah MAA. Di lembaran baru 2010,terima kasih MAA dengan cabaran-cabaran hebat yang pastinya merangsang aku dan pasukan ke peringkat yang tertinggi dan yang terbaik... Pasti akan ku sahut cabaran itu........ I want to be a major player in industri...

Aku insan kerdil berjiwa besar,Thanks bro,juga wa respek sama lu bro...... berbekalkan cabaran yang pastinya menarik bilamana kita mahu menempuhnya dengan semangat waja dan hati yang terbuka. Mari kita sama-sama berfikir tahap JUARA.... Insyallah pasti nanti kita akan punyai kekuatan.....

Bagi mempersiapkan dan melengkapkan diri dalam menjana kekuatan dan potensi diri serta pasukan pihak pengurusan memberikan cabaran 2010 JUMPSTART CONTEST ke Shenzen & Zuhai atau Jakarta & Bandung,pasang niat untuk menjadi antara Qualifier yang akan sama-sama berada di sana. Berlarilah sepantas kilat dan angin biar pun kelihatan seperti tiada namun kewujudannya dirasai sejagat....... Percayalah ia adalah permulaan perjalanan perubahan ke dimensi dunia yang baru.... itulah cabaran buat semua juga aku dan pejuang "Terbilang" di 1st Quarter 2010.... ayuh semua kita sahut cabaran itu,pantang Melayu bila di cabar..... lalu ku cabar diri untuk mengenggannya...... akan ku pastikan ia dalam gengamanku.........
Namun cabaran bukan hanya terhenti sekadar di situ,perjalanan yang masih jauh kita akan ke syedney....... go..go...SYEDNEY AUSTRLIA..... aku dan pasukan akan menjengahmu....... di sana nanti akan kami pahatkan nama dalam lipatan sejarah,kau telah ku tawan........ ha ha ha ha....bukan untuk bermegah,namun satu kepuasan,kerana hidup bukan satu perjalanan,ia adalah satu perjuangan dalam menenpuh cabaran yang mendatang........... kejayaan bukan satu kebetulan namun ia satu PILIHAN..........

KALENDER 2010 pasti akan terus memacu aku ke cabaran peringkat tertinggi yakni ke NORWAY dan SWEEDEN,teringat aku akan kesejukan hembusan bayu Beijing,dan takkala bermain salji di Pheonix Park Korea...... aduh.... kesejukan aku,namun tiada kata yang mampu mengantikannya cuma ia akan di rasai oleh mereka-mereka yang merasainya ketika bersamaku di sana suatu ketika dahulu.......takkala Takaful pun melabuhkan sauh demi cabaran ke PERTH AUSTRLIA dan LONDON pasti aku akan kesana jua...... London bridge is falling down,falling down......... Pasti sumbang bunyinya bilamana aku yang menyanyikannya,namun insyallah pasti akan ku sahut cabaranmu.....demi memastikan aku antara yang mungkin berada disana dalam mengecapi dan di dalam antara 1 dari sejuta manusia yang kau pilih ya Tuhanku.....amin..........
Dan jangan sesekali kita meletakkan sempadan diri....... kerana itu semua bukan kerja kita......
" IMPOSSIBLE IS NOTHING JUST DO IT BRO...............".