Monday, December 28, 2009

Muhasabah Diri dalam mencari kekuatan tersembunyi




Hari ini 29Dec 2009,Selamat datang pejuang ke Lembaran 2010,setelah 2009 melabuhkan tirainya pada 28 dec,Apa pun yang kita capai hari ini adalah tindakan-tindakan yang lepas,semalam telah menjadi sejarah,namun hari ini realiti yang masih kita perjuangkan dan esaok kekal sebagai misteri yang belum terungkai. Berusaha dan bertawakal itulah ungkapan yang sebenar,kerna kita harus berusaha dengan segala kekuatan dari pelbagai sudut,yakni fizikal,mental dan spiritual barulah kita berdoa kepada illahi di atas segala usaha yang telah kita curahkan di masa yang lepas. Kita harus redha dan menerima setiap apa yang berlaku di lembaran yang lalu,pasti tersirat seribu satu hikmah disebaliknya. Ingatlah orang biasa akan menunggu peluang yang datang,orang pandai akan mencari peluang manakala orang hebat akan menciptakan peluang......... dan berkerjalah mengikut kreativiti minda kita tidak akan tahu berapa nilainya..... Dengan kalimah Bismillah aku pasti akan terus berjuang bagi memperkasa diri dan pasukan di lembaran 2010,akan ku pastikan ia menjadi catatan yang terbaik buat diri dan pasukanku..... dalam melayarai badai industri yang sememangnya semakin mencabar...... kerana orang hebat,hatinya,jiwanya dan mindanya penuh dengan motivasi....... dan kata pepatah inggeris " Life won't be Great untill you Focus,Dedicated and Displine".
Juga antara faktor kejayaan di dalam industri ini adalah 94% Faktor diri sendiri,
5% faktor bimbingan ketua dan
1% faktor produk knowledge,namun
1% faktor produk knowledge anda harus kuasai 100%.
Bermula awal wujud rasa menang,biarku rasakan jiwa ini kerdil namun aku punyai Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang juga ku punyai semangat yang membara serta kental...Insyallah..... Aku akan sentiasa terus memperbaiki kelemahan diri dan memperkasa diri bagi menjadi pemimpin yang digeruni namu tetap merendah hati.... kerna aku lebih suka dengan pepatah lama yang berbunyi" Bertuan di mata dan beraja di hati"........ sahabat pernah berkata padaku..." Hina besi kerana karat dan Hina Manusia kerana tiada Harta".........ayuh aku menyeru diriku sendiri dan semua pejuang Hebat terbilang bangun dan berjuang demi memperkasa dan menebus maruah diri,keluarga,agama dan bangsa.
Biarlah nanti 2010 menjadi titik tolak serta anjakan paradigma yang mengubah hidup kita semua secara "TOTAL",seribu langkah bermula dengan langkah pertama.......
Ingatlah dalam setiap perjuangan pasti ada petualang dan halangan,cabaran serta rintangan namun apabila Matlamat jelas pasti halangan dan rintangan mengecil. Jika kita merasakan masalah yang kita hadapi itu besar,ingatlah di luar sana ada masalah yang lagi besar di pikul oleh orang lain cuma kita tidak mengetahuinya,cuma kita harus punyai satu perkara yang sangat penting iaitu " RASA TANGGUNG JAWAB",dan bertanggung jawab keatas kejayaan kita sendiri dan keatas apa jua yang telah dan akan kita lakukan......tindakan hari ini menentukan siapa kita next 5years......
Hadiah si Kaya semua benda jadi Murah.... Hukuman si Miskin semua benda jadi Mahal...........
Biar pun hari ini kita kerdil,jangan sesekali kita mengalah kerana dalam apa perkara pun Harapan adalah perkara yang terakhir akan musnah setelah segalanya tiada............


Mari ita sulami semangat dengan lagu Gemuruh agar hati sentiasa Memabara selamanya.

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Berdirilah sebagai seorang pejuang Hebat dalam memperjuangkan maruah Diri,pasti nanti anda akan temui kekuatan itu,sebagai kekuatan mu sendiri........
Yakin dan percayalah tika dan saat itu pasti tiba.....

Friday, December 25, 2009

Ku pohon Restu dan keberkatan Ilahi

Salam di coretan kali ini,alhamdulihah syukur ku panjatkan pada illahi,Pada malam 25Dec,telah aku sempurnakan majlis bacaan yassin dan tahlil di pejabat baru,moga keampunan dan kerahmatanNYA sentiasa bersama kami,juga memohon di permudahkan segala ususan hambamu ini.
Ya ALLAH aku manusia jahil... moga Engkau permudahkan segala urusan kami. Moga nanti ia menjadi sebahagian daripada pengisian di Terbilang Agency...... Biar pun kecil moga ia berkekalan...yakni Istiqamah....
Ya Tuhan aku manusia kerdil,moga engkau kurniakan kami kekuatan,kecekalan,kehebatan,kesabaran,kesungguhan,kasih sayang,kehebatan serta kerendahan hati yang mulus......... Engkau satukan kami,terbilang agency menjadi pasukan yang kuat dan hebat..... Memohon keampunanMU dan kerahmatanMU buat kami.....
Kata bijak pandai 9/10 bahagian rezeki datangnya daripada perniagaan,moga engkau Rahmati perjuangan kami demi memartabatkan Diri,keluarga,agama dan Bangsa.....
sahabat pernah memberitahu di dalam kalimah " Bismillah" yang bermaksud " Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani" Sebenarnya Pemurah Allah SWT adalah kepada semua hamba-hamba yang berusaha tidak kira agama,bangsa atau keturunan,namun 999 Rahmat Allah diturunkan ke muka bumi setiap hari hanya akan di berikan kepada hamba-hambanya yang melakukan 2 perkara yakni...... Belajar dan mengajar ke arah kebaikan.....
Moga restu semua,orang tua,keluarga,sahabat dan semua demi perjalanan yang masih panjang dan pastinya berliku......... Jerih perih akan hilang bilamana kemanisan dirasai...... dan ingatlah perjuangan kita hari ini pastinya tidak sepayah perjuangan datuk nenek moyang kita bagi memartabatkan dan memerdekakan tanahair.......... dan pastinya perjuangan anda di hari ini terlalu amat mudah bagi yang mengerti......... namun tetap akan sukar kepada yang tidak merasainya... Ayuh kita bersama menjadi manusia yang sentiasa bersyukur..... untuk bersyukur... sujud di sejadah mengerjakan solat adalah sebaik-baiknya........ dan janganlah menjadi manusia yang " Kufur nikmat"...........

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).


SEPINTAS MAJLIS BACAAN YASSIN DAN BACAAN TAHLIL.

Tuesday, December 22, 2009

Pertempuran Minda di penghujung Detik.......


Selagi Semboyan perjuangan belum berbunyi,jangan sesekali menyerah kalah...... Pasti kan terus berjuang demi memartabat maruah Diri,Agama dan Bangsa...
Teringat Pesan CEO MAA Takaful yang berbunyi " Bukankah kita agensi terbaik di Malaysia?
Buktikan & Pastikan kita lakukan yang terbaik untuk "mempertobatkan" maruah, agama dan Bangsa. Matlamat jitu awal tahun menjadi asas agar kita mencapai kejayaan & kesenangan. Motivasikan minda anda peringkat yang tertinggi untuk melakukan yang terbaik untuk 6 hari terakhir ini sebelum closing 2009.TQ & Salam.... itulah pesan beliau seorang CEO yang benar-benar berjiwa rakyat juga demi melihat kita semua berjaya.... Gua Tabik sama lu..Bro....

Aku bersama pasukan Terbilang terus berganding bahu sama-sama berjuang hingga ke titisan darah terakhir.... biar apa pun hasilnya itu bukan persoalannya lagi...... meskipun tersungkur terkorban,namun mati dalam keadaan bermaruah terhadap perjuang memartabatkan diri.....
Juga sebagai pengerak kearah kesempurnaan perjalanan di lembaran 2010........ perjalanan masih jauh..... Perjalanan beribu batu harus bermula dengan langkah pertama...... " Bermula Awal wujud rasa MENANG.......
Dirasakan 6 hari terakhir seakan tak punya waktu....setiap detiak amat berharga dalam perjuangan bak kata " Tun Mahathir Mohamad" Melayu itu mudah Lupa.... dan kita antara melayu itu... terus memperingatkan diri agar tidak lalai... seperti senikata lagu Warisan...
ANAK KECIL MAIN API
Lirik lagu: ANAK KECIL MAIN API


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita akan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih semua mimpi
Hapuskan sengketa teruskan usaha
Kita akan gagah di Nusantara
Elit dan gagah di pentas dunia

Lagu ciptaan: Dr. Nordin Kadir

Ayuh semua terus berjuang...
mungkin nanti ia adalah titik tolak anjakan paradgima yang akan mengubah segalanya di dalam hidup kita menjadi Insan yang HEBAT suatu hari nanti......
Ingatlah apa yang kita miliki hari ini adalah hasil daripada tindakan-tindakan kita yang lepas,dan keputusan yang kita buat hari ini akan menentukan siapa kita di masa Hadapan...........

Monday, December 21, 2009

Laluan Kerjaya Yang Mencabar namun Merubah Hampir Segalanya...

.










Dalam apa jua pekerjaan yang baik marilah kita mulakan dengan kalimah BISMILLAH...
Bercakap soal kejaya di dalam bidang perancangan Kewangan ramai yang tidak menyukainya.... pasti juga akan meletakkan kerjaya ini mungkin di tangga ke 100 sebagai pilihan kerjaya hidup.. Aku sendiri pun tidak pernah menyatakan sedemikian,Bohong jika ku katakan kerjaya ini indah segalanya...Umpama sedang tidur nyenyak di atas tilam " Dunloppillo" dan jika kerjaya ini mudah...telah ramai yang beratur memohon pekerjaan di dalam kerjaya ini,namun jika ku katakan susah maka tiada seorang yang berjaya di dalam bidang ini....... Tapi ku lihat ramai rakan-rakan di dalam industri telah berjaya,malah rakan sebaya,sepermainan di dalam industri juga telah ramai yang sangat-sangat berjaya....
Teringat aku akan pepatah lama Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan...Alang-alang mengenggam bara biar sampai jadi arang.......
Dikuatkan lagi dengan Fakta setiap tahun beribu-ribu orang menjadi jutawan menerusi jualan,bukan hanya di dalam bidang Insuran dan Takaful....... Namun Bidang ini juga merupakan salah satu Cabang Ke arah menjadi JUTAWAN.....

mungkin di sini di sertakan sedikit gambaran kepada semua sekiranya anda ingin menceburi bidang kerjaya ini...... namun tiada gambaran khusus kerana bidang ini sangat luas dan terbuka kepada sesiapa sahaja di luar sana tanpa mengira latar belakang,ugama,budaya dan sosio ekonomi... cuma kerjaya ini tidak sesuai buat yang tidak MAHU...itu sahaja........ Namun Ia adalah satu pltform yang sangat berkuasa kepada yang benar-benar mahukannya...... KEJAYAAN ADALAH SATU PILIHAN bukan satu KEBETULAN dan " KITA AKAN DAPAT SEPERTI APA YANG KITA PILIH UNTUK FIKIRKAN........


APAKAH PRA SYARAT BIASA YANG DIKENAKAN :
> Berumur 23 - 45 tahun
> Kelayakan Akedemik seminima SPM ( Dengan 5 kepujian )
> Bersedia menghadiri Temuduga Situasi/Latihan dan Pembangunan/BOP( Percuma)
> Pro Aktif dan mampu Membangun Potensi Diri
> Diletakkan di bawah pengawasan yang Minima
> Mempunyai Semangat Juang dan semangat Pasukan yang tinggi.

POTENSI PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA

> Pendapatan ( Komisyen ) yang LUMAYAN serta BERTERUSAN
> Peluang Melancung Setiap Tahun Ke serata Dunia ( sehingga 3kali setahun)
> BONUS TAHUNAN( Sehingga 10% dari jualan Tahunan)
> ANUGERAH TAHUNAN yang Berprestij.
> Hadiah/Ganjaran/Insentif Tambahan dari masa ke semasa.


SOALANNYA PULA MENGAPA HARUS BERSAMA TERBILANG AGENCY MAA BERHAD??????????
>Anda akan dilatih di bawah satu sistem yang sistematik dan berkesan. Anda juga
akan dapat menikmati kemudahan Online di untuk lesen
di http://www.cmss.maa.com.my bawah MAA assurance manakala di bawah MAA Takaful anda juga boleh online di http://www.icms.maatakaful.com.my

>Kami di Terbilang Agency bernaung di bawah Gagasan Kumplan Era Bumi(KEB) satu
Gagasan kumpulan terdiri daripada 16ketua-ketua agensi di Malaysia yang mendapat
sokongan padu dan tidak berbelah bagi daripada kumpulan pengurusan MAAB.
>Suasa kerja yang selesa dan tanpa tekanan ( dengan kos pengubahsuaian pejabat
melebihi 300ribu)
>Suasana Kekeluargaan dan kemesraan antara tenaga Agensi dan juga pihak pengurusan
saling berganding bahu demi melihat kejayaan anda

Saturday, December 19, 2009

Berlari di lembaran Baru 2010....

2010 hanya tinggal beberapa hari,Semalam adalah sejarah,hari ini adalah anugerah dan esok adalah Misteri.....perjalanan aku masih jauh,aku akan terus berani menghadapi hari-hari yang bakal mendatang dengan semangat juang yang tinggi.... berbekalkan..semangat yang terus membara...bersedia dari segi Mental,Fizikal dan Spiritual, namun yang hilang pasti aka Lenyap.....


kerana hadiah yang terbaik buat yang tiada adalah MELUPAKANNYA.....


Mungkin juga aku harus berdiri segagah Raja Rimba atau segagah Seladang Hutan dan hanya pejuang yang sejati akan turut sama berjuang sehidup semati,bukan si pengecut dan si petualang...........Aku akan terus membimbing pasukan ke Matlamat dengan semangat juang yang tinggi dan tidak berbelah bagi.. demi untuk terus berjaya dan menjadi hebat........


Perjuangan tidak bererti tanpa pengorbanan,keberanian dan ilmu di dada........


Kata orang " Knowledge is Power"........ Mungkin kata saya pula berbeza...." Applied Knowledge is POWER.."............ dan " Impossible is Nothing...... juga " When the mind can concieved and Believed it can be achieved ".....

Aku akan terus memacu pasukan kearah matlamat yang jelas..... dengan semangat berpasukan yang tinggi..... agar ia di rasai dan di nikmati bersama ahli pasukan ku...

Aku juga harus terus berdiri gagah,sebagai pemimpin hebat,juaga harus menjadi " Great Motivater dan juga Good Problem solver" buat semua.......
Bagi memantapkan orgnisasi aku harus menjadi yang boleh dipercayai,juga Interpersonal seterusnya memberi kuasa serta meluruskan organisasi.......
Tidak lupa juga untuk terus membangun potensi diri dan pasukan bagi memacu perjalanan pasukan.... ketahap yang terbaik.......... megubah secara total ke arah kecemerlangan seterusnya mengurus kecemerlangan......
Aku akan terus memacu pasukan agar menjadi pasukan yang sentiasa "Proaktif" sentiasa menyemai Impian dan matlamat juga tahu membezakan dan mengutamakan perkara yang menjadi keutamaan demi mengwujudkan kemenangan " Peribadi iaitu kemenangan tahap 1.
Barulah wujud KEBEBASAN...... kemudaian berfikir secara Menang-menang, bagaimana usaha memahami dan difahami seterusnya " bersinergi" barulah wujud kemenangan Awam dan saling bergantungan antara satu sama lain.......... juga sentiasa menajamkan minda hebat......

Kerana orang hebat juga adalah orang biasa cuma yang membezakannya ialah mereka punyai impian dan bertindak ke arahnya.......

Great People talk about Idea...
Average People talk about Things...
Small people talk about ohers People...


Kata orang ikut hati mati ikut rasa binasa..... benarkah ia sebegitu....... namun ikutlah kata hati,ikut lah apa yang anda rasa kerana itulah yang benar-benar anda mahukan..... asalkan tidak menalahi 3 prinsip iaitu Hukum syarak,undang-undang negara dan juga peraturan... Terbanglah setinggi mungkin bak sang helang kerana angkasa raya sahajalah pengukur......... kita tak akan tahu sebenar-benarnya kehebatan kita melainkan kita menggunakannya..........
Kita bukan tidak Hebat,cuma kita belum guna hebat kita 100%.............
Teringat aku kata-kata seseorang suatu waktu dahulu... katanya....

" Fitrah kejadian manusia, yang penuh dengan keajaiban dan kehebatan serta potensi yang tidak terbatas.... seharusnya kita gunakan sebagai tanda mensyukuri nikmat kejadian manusia yang hebat........


Untuk berjaya kita kena pandang atas...... dan untuk bersykur kita kena pandang bawah iaitu sujud pada yang Esa........ Bekerjalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahu.....dan beramallah seolah-olah kita kan mati pada esok hari.....

Kerana Allah telah berjanji akan menambahkan kenikmatan buat orang yang mensyukuri nikmatnya...

" Demi jika kamu berterima kasih,nscaya ku-tambah nikmat yang ada padamu,tetapi jika kamu kufur..sesungguhnya seksaan-ku amat keras" -Q.S. Ibrahim:7


Pabila kita mengejar dunia...dunia semakin laju meninggalkan mu...kejarlah akhirat..maka akhirat akan datang kepadamu......... Gengamlah dunia di tanganmu......... dan jangan biarkan sesekali dunia mengenggammu............

Moga segala coretan ini akan terus menginggatkan aku padaNYA........

Monday, December 14, 2009

Memacu Kerjaya Bersama MAA Life dan Takaful..

Saban Hari aku semakin menyukai dan menyayangi kerjaya ini........ dalam keperitan mengharungi.... terselit seribu satu macam cerita suka duka perjalanan di dalam memacu kerjaya ke angkasa raya....
Kata orang " jerih perih akan hilang bila mana kemanisan dirasai.." Aku bersyukur terhadap MAA Assurance dan MAA TAKAFUL yang telah banyak memberi peluang kepada aku untuk membina hidup,kerjaya dan banyak membantu serta membimbing aku hingga ketahap yang aku rasakan berbeza daripada aku 10tahun yang lalu........
mengajar aku erti kesabaran,keberanian,kesungguhan juga ketabahan dalam mengharungi cabaran industri........... demi memyahut cabaran menjadi insan hebat......aku insan kerdil yang berjiwa besar dan akan terus kental serta berjuang bagi memartabatkan maruah diri........... tak kan ku biarkan pencui impian di luar sana membunuh impianku............ akan ku pastikan itu....
Syukur hari ini setelah 10tahun di dalam industri aku telah sedikit demi sedikit menyerapkan pengisian CIAM yang ku pelajari dari aspek Mission Statment : yakni Attract and suport high-quality individuals.
Members of Terbilang agency will become part of financial services organization profitably distributing life,disability,saving and investment product to our client. We are committed to high standard ethically and professionally and to growth of our agency,both in term of productions,staffing and public
Juga penekanan di dalam Agency Philosophy,Agency Overview kearah :
1: Quality Product
2: Quality Customer
3: Quality Business
Pengukuhan dari segi Recruiting Philosophy,Pre-Contract Consultant,Training and Development,Administrative Philosophy,Agency sucess Atmosphere,Agent Productivity,Agent ExpensesCompany and Agency Benefit,Achievement and Thropy and Lastly Managing Performance and Management.
Peringkat demi peringkat dalam memantapkan pasukan di Terbilang Organisasi..... sebagai pelengkap kepada pasukan yang di bentuk..........


Thursday, December 10, 2009

Selamat Hari Lahir yang ke 10.. BRO........





Selamat hari lahir Bro.......... aku semakin dewasa dalam melayari bahtera industri.....
Syukur aku masih mampu bertahan di saat dan ketika ini......
Kesinambungan perjalanan organisasi menampakkan tanda-tanda positif.......
Gembira,sedih,pedih,tangis dan ketawa itulah apa yang dirasai selama ini........

Aku inggin menjadi jurulatih profesional dalam hidup........ tampak kelihatan lebih baik dari semalam bila mana ku lihat barisan pengurus-pengurus ku dan eksekutif ku serta perunding-perunding di bawah naungan terbilang agency terdiri dari pelbagai latar belakang dari yang biasa hinggalah golongan profesional.........


Namun tidak dinafikan dalam apa jua perjuangan pasti ada petualang......... namun telah ku bariskan barisan pejuang-pejuang hebat seperti di zaman Rasulullah..... insyallah...

Sentiasa memohon agar kerahmatanNYA sentiasa bersamaku dan pasukanku.... Amin....

Juga kegembiraan terasa di hati bila mana tahun 2009 sekali lagi aku ke rumahMU ya ALLAH........ kota suci mekah dan madinah.........

Terus memacu pasukan dan diri agar terus maju bersama........
2009 sekali lagi catatanku ......pencapaian peribadi ke surabaya,Ko Sa Mui Thailand dn mengerjakan Umrah untuk kali kedua..........


I WANT TO BE A MAJOR PLAYER IN THE INDUSTRI...... akan terus ku genggam sehingga menjadi realiti.......................
Itulah aku ZT Bro akan terus berjuang.......... Kalau pun di hayat ini aku gagal meraih impian kecemerlangan,namun dengan kegigihanku...... ini pasti akan di warisi oleh generasiku di masa depan.......... TENANG.YAKIN.SUNGGUH-SUNGGUH DAN KONSISTEN.

Kota suci MEKAH.......




Tahun kesembilan iaitu Tahun 2008 aku terus berjuang di dalam industri berbekalkan suka dan duka..... Alhamdulilah catatan perjalanan terindah di dalam hidupku........ Aku telah pergi ke Batam Indonesia,Singapura,Jakarta,Bandung,Bahrin dan juga mengerjakan Umrah...... Alhamdulilah aku salah seorang daripada 10 orang ketua-ketua agency yang di jemput oleh pihak pengurusan untuk menghadiri mesyuarat bersama Board of Director dan melawat Solidarity of Bahrin,rakan kongsi dan juga syarikat Takaful yang terbesar di dunia yang berpengkalan di Bahrin.
Pada tahun tersebut juga alhamdulilah aku telah dilantik sebagai Organizing Chairman untuk malam anugerah yang berprestij.... bagi mengiktiraf kejayaan anak Bangsa.............
Teringat aku,Bila mana Arwah Datuk yang juga seorang kiai pernah berpesan pada ku....... pergilah kau kemana saja di pelusuk dunia......... namun jangan sesekali tiada niat untuk kesana... Baitullah..... yakni rumah Allah.......
aku tersentak dengan kata-katanya bagai aku di hempap Gunung yang teramat besar....... lantas aku berniat padaNYA..agar juga juga menjadi tetamunya di rumah suciNYA...... aku ingin ke rumahMU ya ALLAH............. aku terus merinduinya.......... ingin kesana.......

Alhamdulilah....... mungkin doa di panjatkan dengan penuh keikhlasan...... di makbulkan oleh ilahi.......
Syukur aku antara salah seorang daripada 10 orang ketua-ketua agency yang di jemput untuk menghadiri mesyuarat bersama Board of Director salah satu syarikat Takaful yang terbesar di Dunia.. iaitu Sloidarity of Bahrin......... yang berpengkalan di bahrin..... dan seterusnya mengerjakan Umrah di Rumah Allah.....
Sayup dan meruntun hati takkala menjejakkan kaki di Mekah buat pertama kalinya........
Aku menangis tanpa ada rasa malu pada sesiapa,bergenang dan berlinangan air mata membasahi pipi...... takkala melihat kaabah di depan mata.....
Oh Tuhan moga Engkau ampunkan segala dosa-dosa hambamu ini.......... Aku Manusia Jahil........ Moga Engkau permudahkan segala urusan hambaMU ini..........
Sewaktu di sana juga aku berdoa padaNYA...agar aku bisa datang lagi sebagai tetamuMU. nanti.......