Wednesday, December 9, 2009

Perjalanan mewarna Pelangi



Tamat sudah pelajaran hanya berbekalkan SPMV dengan keputusan yang boleh dikatakan agak baik.... Cemerlang di dalam beberapa mata pelajaran terutama Amali,teori dan lulisan teknik...
aku membawa diri merantau mencari penghidupan .....Mencari pekerjaan tanpa berbekalkan apa jua sokongan hanya kesungguhan dan keberanian......... Aku miskin,hanya bertemankan bas-bas dan teksi di jalanan..... sebagai penghubung perjalananku....
Aku berjaya memperoleh pekerjaan si salah sebuah syarikat swasta berbekalkan sijil yang dimiliki...... Hebat...sebagai seorang operator pengeluaran..... terkadang lucu juga mengenangkannya......pertama kali aku aku mengenali apa yang dikatakan dunia pekerjaan... Masa berlalu dengan Pantas Tanpa di sedari bertahun rupanya aku menghambakan diri di sana..... Namun itulah rezekiku di ketika itu aku akur..... dengan nilaian yang entah berapa ringgit ketika itu.... namun kesyukuran sentiasa di hati di atas kurniaan rezekinya..... aku juga mampu bermotosikal....... dan bukannya apa..... hanya sekadar teman penghubung perjalanan....
Suatu Hari mungkin seruan tuhan telah sampai kepada aku.... aku telah jatuh..... aku tertawan..... padanya seorang gadis manis yang ku kenali 16tahun yang dulu..... itulah isteriku... teman bicaraku... Ibu kepada Zuriatku....
Dan dalam kepayahan mengharungi zaman perkahwinan........ terlalu banyak dugaan kurasakan...
kerana orang tuaku telah mengajar aku agar berusaha sendiri sekiranya mahukan sesuatu....... tanpa mengharapkan bantuan dari sesiapa..... itulah pesannya...

No comments:

Post a Comment