Monday, December 28, 2009

Muhasabah Diri dalam mencari kekuatan tersembunyi




Hari ini 29Dec 2009,Selamat datang pejuang ke Lembaran 2010,setelah 2009 melabuhkan tirainya pada 28 dec,Apa pun yang kita capai hari ini adalah tindakan-tindakan yang lepas,semalam telah menjadi sejarah,namun hari ini realiti yang masih kita perjuangkan dan esaok kekal sebagai misteri yang belum terungkai. Berusaha dan bertawakal itulah ungkapan yang sebenar,kerna kita harus berusaha dengan segala kekuatan dari pelbagai sudut,yakni fizikal,mental dan spiritual barulah kita berdoa kepada illahi di atas segala usaha yang telah kita curahkan di masa yang lepas. Kita harus redha dan menerima setiap apa yang berlaku di lembaran yang lalu,pasti tersirat seribu satu hikmah disebaliknya. Ingatlah orang biasa akan menunggu peluang yang datang,orang pandai akan mencari peluang manakala orang hebat akan menciptakan peluang......... dan berkerjalah mengikut kreativiti minda kita tidak akan tahu berapa nilainya..... Dengan kalimah Bismillah aku pasti akan terus berjuang bagi memperkasa diri dan pasukan di lembaran 2010,akan ku pastikan ia menjadi catatan yang terbaik buat diri dan pasukanku..... dalam melayarai badai industri yang sememangnya semakin mencabar...... kerana orang hebat,hatinya,jiwanya dan mindanya penuh dengan motivasi....... dan kata pepatah inggeris " Life won't be Great untill you Focus,Dedicated and Displine".
Juga antara faktor kejayaan di dalam industri ini adalah 94% Faktor diri sendiri,
5% faktor bimbingan ketua dan
1% faktor produk knowledge,namun
1% faktor produk knowledge anda harus kuasai 100%.
Bermula awal wujud rasa menang,biarku rasakan jiwa ini kerdil namun aku punyai Tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang juga ku punyai semangat yang membara serta kental...Insyallah..... Aku akan sentiasa terus memperbaiki kelemahan diri dan memperkasa diri bagi menjadi pemimpin yang digeruni namu tetap merendah hati.... kerna aku lebih suka dengan pepatah lama yang berbunyi" Bertuan di mata dan beraja di hati"........ sahabat pernah berkata padaku..." Hina besi kerana karat dan Hina Manusia kerana tiada Harta".........ayuh aku menyeru diriku sendiri dan semua pejuang Hebat terbilang bangun dan berjuang demi memperkasa dan menebus maruah diri,keluarga,agama dan bangsa.
Biarlah nanti 2010 menjadi titik tolak serta anjakan paradigma yang mengubah hidup kita semua secara "TOTAL",seribu langkah bermula dengan langkah pertama.......
Ingatlah dalam setiap perjuangan pasti ada petualang dan halangan,cabaran serta rintangan namun apabila Matlamat jelas pasti halangan dan rintangan mengecil. Jika kita merasakan masalah yang kita hadapi itu besar,ingatlah di luar sana ada masalah yang lagi besar di pikul oleh orang lain cuma kita tidak mengetahuinya,cuma kita harus punyai satu perkara yang sangat penting iaitu " RASA TANGGUNG JAWAB",dan bertanggung jawab keatas kejayaan kita sendiri dan keatas apa jua yang telah dan akan kita lakukan......tindakan hari ini menentukan siapa kita next 5years......
Hadiah si Kaya semua benda jadi Murah.... Hukuman si Miskin semua benda jadi Mahal...........
Biar pun hari ini kita kerdil,jangan sesekali kita mengalah kerana dalam apa perkara pun Harapan adalah perkara yang terakhir akan musnah setelah segalanya tiada............


Mari ita sulami semangat dengan lagu Gemuruh agar hati sentiasa Memabara selamanya.

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Ulang :Gemuruh jiwa semangat membara

Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


Berdirilah sebagai seorang pejuang Hebat dalam memperjuangkan maruah Diri,pasti nanti anda akan temui kekuatan itu,sebagai kekuatan mu sendiri........
Yakin dan percayalah tika dan saat itu pasti tiba.....

No comments:

Post a Comment