Thursday, December 10, 2009

Kota suci MEKAH.......




Tahun kesembilan iaitu Tahun 2008 aku terus berjuang di dalam industri berbekalkan suka dan duka..... Alhamdulilah catatan perjalanan terindah di dalam hidupku........ Aku telah pergi ke Batam Indonesia,Singapura,Jakarta,Bandung,Bahrin dan juga mengerjakan Umrah...... Alhamdulilah aku salah seorang daripada 10 orang ketua-ketua agency yang di jemput oleh pihak pengurusan untuk menghadiri mesyuarat bersama Board of Director dan melawat Solidarity of Bahrin,rakan kongsi dan juga syarikat Takaful yang terbesar di dunia yang berpengkalan di Bahrin.
Pada tahun tersebut juga alhamdulilah aku telah dilantik sebagai Organizing Chairman untuk malam anugerah yang berprestij.... bagi mengiktiraf kejayaan anak Bangsa.............
Teringat aku,Bila mana Arwah Datuk yang juga seorang kiai pernah berpesan pada ku....... pergilah kau kemana saja di pelusuk dunia......... namun jangan sesekali tiada niat untuk kesana... Baitullah..... yakni rumah Allah.......
aku tersentak dengan kata-katanya bagai aku di hempap Gunung yang teramat besar....... lantas aku berniat padaNYA..agar juga juga menjadi tetamunya di rumah suciNYA...... aku ingin ke rumahMU ya ALLAH............. aku terus merinduinya.......... ingin kesana.......

Alhamdulilah....... mungkin doa di panjatkan dengan penuh keikhlasan...... di makbulkan oleh ilahi.......
Syukur aku antara salah seorang daripada 10 orang ketua-ketua agency yang di jemput untuk menghadiri mesyuarat bersama Board of Director salah satu syarikat Takaful yang terbesar di Dunia.. iaitu Sloidarity of Bahrin......... yang berpengkalan di bahrin..... dan seterusnya mengerjakan Umrah di Rumah Allah.....
Sayup dan meruntun hati takkala menjejakkan kaki di Mekah buat pertama kalinya........
Aku menangis tanpa ada rasa malu pada sesiapa,bergenang dan berlinangan air mata membasahi pipi...... takkala melihat kaabah di depan mata.....
Oh Tuhan moga Engkau ampunkan segala dosa-dosa hambamu ini.......... Aku Manusia Jahil........ Moga Engkau permudahkan segala urusan hambaMU ini..........
Sewaktu di sana juga aku berdoa padaNYA...agar aku bisa datang lagi sebagai tetamuMU. nanti.......




2 comments: